Wednesday, December 29, 2010

Rakyat Pulau Pinang Mahu Hidup Aman Damai


Selepas 308, parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR telah bersekutu menjadi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan setelah memenangi majoriti kerusi di beberapa negeri sungguhpun ideologi politik mereka jauh berbeza. Ini seterusnya mewujudkan sistem dua parti dalam negara kita.

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia, sistem dua parti merupakan suatu badan politik alternatif yang diharapkan rakyat untuk mencapai kestabilan sosial kerana dalam parti-parti komponen BN dan PR, keahlian mereka terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan juga kaum-kaum yang lain. Kedua-dua barisan juga merupakan pergabungan politik yang berbilang bangsa.

Kononnya masalah-masalah agama dan bangsa yang dipolitikkan akan dapat diselesaikan dan pentadbiran yang baik dapat terus dilakukan.

Akan tetapi, memandangkan keadaan politik yang kelam kabut dalam dua tahun ini berikutan isu-isu perkauman dan kefanatikan tidak terhenti-henti dipermainkan oleh ramai pihak, ini adalah di luar jangkaan penyokong-penyokong sistem dua parti.

Isu-isu perkauman dan agama bukan sahaja tidak berhenti selepas wujudnya sistem dua parti, bahkan semakin berleluasa dan serius.

Ahli-ahli politik yang sanggup menggadaikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat demi kepentingan diri sendiri datangnya dari BN, PR dan pihak-pihak tertentu. Contohnya Perkasa yang mempergunakan isu perkauman dan agama untuk menghasut perasaan umat Islam yang majoritinya Melayu. Bagaimana pula dengan parti DAP?

Lim Guan Eng yang memainkan api selama dua tahun ini merupakan satu contoh klasik.

Bersekutu dengan PAS, meskipun kerajaannya menyalurkan peruntukan yang lebih kepada kaum Melayu dibanding kepada masyarakat Cina, Lim Guan Eng masih menghadapi bantahan daripada seorang pakcik Melayu yang ‘menyentuh’ bahunya dan tindakan menahan keretanya oleh ahli PAS atas isu agama. Nama Lim Guan Eng didoakan dalam khutbah Jumaat oleh khatib doa supaya beliau memeluk Islam, semua ini mencerminkan kepercayaan agama yang fanatik.

Lim Guan Eng sepatutnya melapor kepada polis supaya perkara-perkara sedemikian tidak berlaku lagi, tetapi beliau tidak berbuat demikian. Apakah yang sebenarnya tersembunyi?

Segala ini hanya menunggu Lim Guan Eng membuat laporan polis baru dapat diketahui. Mungkin, bila sampai masa itu keselamatan dan keharmonian rakyat Pulau Pinang sudah habis tergadai.

Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER 2010/BIL.4

Saturday, December 18, 2010

Water Supply Interruption 28.12.2010

Hi, Peringatan kepada semua penduduk DUN Batu Uban

Tiada bekalan air pada 28 December 2010 dari 7 pagi ke 7 petang