Saturday, May 8, 2010

Lim Guan Eng dicabar letak jawatan Ahli Parlimen

Utusan 5/5/2010
Gerakan Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha menarik pelaburan ke negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah berkata, dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, Lim mampu mengembangkan ekonomi Pulau Pinang.

"Jangan buat dua kerja dalam satu masa kalau tidak mampu. Jangan jadikan jawatan Ketua Menteri sebagai kerja sambilan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada beliau perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Goh berkata pelaburan di Pulau Pinang pada tahun lepas hanya berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2008, satu penurunan kira-kira 80 peratus.

Penurunan ketara ini, katanya jelas menunjukkan Lim tidak mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri dan Anggota Parlimen Bagan dalam satu masa. - Bernama


Berita Harian 2010/05/06
Oleh Norakmah Mat Youb dan Amin Ridzuan Ishak

GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan bagi menumpukan perhatian kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah, berkata sejak mentadbir Pulau Pinang pada Mac 2008, Guan Eng gagal menjalankan peranannya sebagai Ketua Menteri untuk membawa masuk pelaburan ke negeri ini seperti dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Saya minta Guan Eng meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri kerana percaya dengan kebolehan yang dimiliki, beliau mampu mengembalikan kecemerlangan Pulau Pinang.

“Jangan buat dua kerja dalam satu masa jika tidak mampu berbuat demikian dan jangan jadikan jawatan Ketua Menteri sebagai kerja sambilan kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Tahun lalu, jumlah pelaburan ke Pulau Pinang adalah RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2008.

Goh berkata, penurunan jumlah pelaburan kira-kira 80 peratus pada tahun lalu jelas menunjukkan ketidakupayaan Ketua Menteri untuk mengalas dua tugas pada satu masa sama.

“Mengikut sumber, sejak 2008, Guan Eng berkunjung ke luar negara sebanyak 15 kali dengan alasan ingin mencari pelabur luar tetapi mengapa jumlah pelaburan semakin menurun.

“Saya juga mendapat maklumat beliau ke luar negara dengan membawa isteri dan keluarganya. Jika betul lawatan itu dibuat atas tujuan mencari pelabur, apa perlunya membawa isteri dan keluarga bersama,” katanya.

Goh berkata, penurunan jumlah pelaburan berkenaan adalah petanda rakyat Pulau Pinang berada di zon bahaya dan tahun ini lebih ketara berikutan penolakan pelaburan sebanyak RM10 bilion atas alasan kekurangan tenaga mahir.

Katanya, penolakan itu tidak wajar dan kurang bijak serta tidak adil kepada rakyat kerana pelaburan berkenaan mampu memulihkan ekonomi Pulau Pinang.

Beliau turut mencabar Guan Eng supaya mendedahkan jumlah pelaburan terkini pada 2010 kerana difahamkan dua bulan pertama hanya memperoleh RM100 juta.

"Buktikan jika jumlah yang saya sebutkan itu adalah salah. Berapa jumlah pelaburan sebenar kerana rakyat di negeri ini berhak mengetahuinya,” katanya.


Sinar 5/5/2010GEORGETOWN- Penurunan pelaburan tahun lalu di Pulau Pinang iaitu sebanyak RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2008 menjadi penanda aras kepada kredibiliti Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai ketua pentadbir di negeri itu.
 
Penolong Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang, Goh Kheng Sneah berkata, penurunan itu menunjukkan Guan Eng gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua menteri.

“Penurunan ini jelas menunjukkan beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua menteri kerana mengikut sumber yang saya ada, sejak Guan Eng menjadi ketua menteri, 15 kali beliau ke luar negara atas alasan ingin mencari pelabur luar masuk ke Pulau Pinang.

“Kalau betul beliau ke luar negara untuk tujuan itu, kenapa pelaburan di sini menurun? Saya juga dapat maklumat beliau ke luar negara dengan membawa isteri dan keluarganya, kalau betul pergi atas tujuan untuk mencari pelabur luar, apa gunanya bawa keluarga dan isterinya sekali?,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, penurunan itu adalah penanda rakyat Pulau Pinang berada dalam zon bahaya dan 2010 dijangka menyaksikan penurunan yang lebih ketara berikutan penolakan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan RM10 bilion atas alasan kekurangan tenaga mahir.

“Tindakan menolak pelaburan itu adalah tidak wajar dan kurang bijak kerana menolak pelaburan bernilai RM10 bilion yang dilihat mampu memulihkan keadaan pelaburan di negeri ini dengan alasan yang tidak munasabah.

“Beliau tidak sepatutnya memberi alasan bahawa Pulau Pinang kekurangan tenaga mahir untuk tidak menerima RM10 bilion kerana ia dilihat tidak adil kepada rakyat di Pulau Pinang sedangkan ketika perindustrian mula memasuki Pulau Pinang pada awal tahun 70-an, masa itu juga kita tiada tenaga mahir,” katanya.

Kheng Sneah turut mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan jumlah pelaburan terbaru iaitu pada tahun 2010 berikutan jumlah pelaburan terkini iaitu bagi bulan Januari dan Februari 2010 adalah RM100 juta.

“Jangan tanya saya di mana saya dapat jumlah ini kerana apa yang lebih penting, saya cabar Guan Eng memberikan berapa jumlah pelaburan sebenar untuk tahun ini dan kalau betul beliau berkata pelaburan di Pulau Pinang stabil, buktikan kepada saya.

“Saya juga cabar beliau buktikan bahawa jumlah yang saya berikan ini adalah salah dan beliau mestilah memberikan jumlah yang sebenar kerana rakyat perlu tahu bagaimana keadaan pelaburan di sini,” katanya.

Kheng Sneah berkata, beliau mencadangkan supaya Guan Eng meletak jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bagan dan menumpukan seratus peratus kepada jawatannya sebagai Ketua Menteri.

“Saya minta Guan Eng supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai ketua menteri kerana saya percaya dengan kebolehan yang dimilikinya, beliau mampu mengembalikan kecemerlangan pada Pulau Pinang.

“Jangan buat dua kerja dalam satu masa kalau tidak mampu untuk berbuat demikian dan jadikan jawatan ketua menteri sebagai kerja sambilan kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada beliau perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment