http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/gerakan-pelaburan-pulau-pinang-meruncing-1.78724
Gerakan: Pelaburan Pulau Pinang meruncing
Oleh:
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
Tarikh: August 24, 2012
Tarikh: August 24, 2012
GEORGETOWN - Pulau Pinang kini berdepan dengan krisis pelaburan yang
meruncing apabila kebanyakan pelabur yang sedia ada bercadang menarik
diri dari terus melabur di negeri ini.
Setiausaha Gerakan negeri,Goh Kheng Sneah berkata, perkara itu dianggap serius kerana ia melibatkan tahap ekonomi di Pulau Pinang iaitu dari semasa ke semasa, keadaannya semakin ‘tenat’.
Menurutnya, kedudukan pelaburan Pulau Pinang pada tangga ketujuh berbanding negeri lain dalam statistik yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida) menunjukkan ia bukan berada di zon yang selamat.
“Mengikut statistik tahun ini, pelaburan Pulau Pinang jatuh teruk sehingga 70 peratus dan kita berada di belakang Terengganu. Untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini, pelaburan Pulau Pinang mencapai RM1.1 bilion.
“Bagi pelaburan tahun lalu, Pulau Pinang mencapai RM9.1 bilion," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, beliau difahamkan kebanyakan pelaburan yang diluluskan pada tahun lalu dan sebelumnya tidak menjadi kenyataan apabila pelabur terbabit tidak datang atau membatalkan hasrat mereka.
“Sebagai rakyat Pulau Pinang, saya perlukan penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab iaitu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.
Kheng Sneah berkata, apa yang lebih merisaukan adalah kebanyakan pelaburan yang sedia ada dilaporkan sedang merancang untuk mengundur diri dari terus melabur di negeri ini.
“Ini serius kerana dari sumber yang saya terima mengatakan 99.9 peratus kerja pemasangan untuk sebuah syarikat telefon pintar akan menarik diri. Perkara ini berlaku selepas Guan Eng membuat kenyataan terhadap syarikat itu tahun lalu.
“Saya tidak mengatakan sumber saya ini betul. Sebab itu saya mendedahkan perkara ini supaya Guan Eng boleh menjawab dan menjelaskan keadaan sebenar pelaburan di negeri ini," katanya.
Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, beliau perlu memaklumkan perkara ini supaya rakyat tahu keadaan sebenar kerana ia boleh menjadi krisis ekonomi.
Sebagai individu yang mempunyai maklumat, Kheng Sneah berpendapat beliau perlu membuat pendedahan itu kepada rakyat serta memerlukan penjelasan daripada Guan Eng sama ada maklumat yang diterimanya itu benar atau salah.
Ketika diminta untuk mendedahkan senarai pelabur yang bakal menarik diri dari melabur di negeri ini, Kheng Sneah enggan berbuat demikian dengan alasan tiada kapasiti untuk berbuat demikian.
“Saya tiada kapasiti untuk berbuat demikian (mendedahkan), demi untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang, saya bertanggungjawab untuk hebahkan. Saya berharap, dengan pendedahan ini, Guan Eng dapat mengesahkannya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GuanEngdigesadedahstatusekonominegeri/Article/
Guan Eng digesa dedah status ekonomi negeri
Georgetown: Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan
Eng mendedahkan situasi sebenar keadaan industri dan ekonomi negeri ini.
Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah, berkata pihaknya yang melakukan kajian berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia menunjukkan antara semua negeri, Pulau Pinang berada pada kedudukan ketujuh.

“Guan Eng seharusnya memantau bagi memastikan semua pelaburan yang
diberi kelulusan, berjalan mengikut rancangan tetapi kerajaan DAP Pulau
Pinang seolah-olah tidak tidak menjalankan tugas dengan baik.
“Mengikut statistik pelaburan negeri tahun ini, ia mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 70 peratus iaitu RM1.1 bilion berbanding RM9.1 bilion tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan di sini, semalam.
Kheng Sneah berkata, pihaknya juga mendapati ada pelabur yang tidak melabur, biarpun sudah mendapat kelulusan kerajaan negeri tiga tahun lalu.
No comments:
Post a Comment