Berita Harian 1/8/2011
JOHARI (kanan) meninjau kawasan penangkapan ikan di Jambatan Kedua Pulau Pinang.
GEORGETOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) diminta mempertimbangkan tuntutan pampasan sebanyak RM13.7 juta yang disuarakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan nelayan di Pulau Pinang.
Pampasan itu bagi meringankan beban kira-kira 2,900 nelayan pantai di negeri ini yang terjejas akibat kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Kawan, Seberang Prai dan Batu Maung di bahagian pulau.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata tuntutan pampasan itu adalah munasabah kerana mata pencarian nelayan pantai terjejas dengan pelaksanaan projek berkenaan.
"Tuntutan pampasan nelayan Pulau Pinang kepada JKSB pada mulanya sebanyak RM27 juta yang membabitkan 2,900 nelayan, tetapi pihak JKSB mencadangkan nelayan dibayar sebanyak RM3 juta saja.
"Bagaimanapun nelayan dan LKIM membuat cadangan baru yang berjumlah RM13.7 juta, April lalu menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat Pemimpin Bersama Nelayan Parlimen Bayan Baru di Kampung Teluk Tempoyak di sini, kelmarin.
Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, Datuk Abdul Rahim Saibu; Penyelaras DUN Batu Uban, Goh Kheng Sneah dan Pengarah LKIM, Raja Kahalid Raja Ariffin.
Terdahulu, Mohd Johari menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 20 Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua, ibu tunggal dan isteri ahli Persatuan Nelayan di kampung berkenaan.

No comments:
Post a Comment