Selepas 308, parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR  telah bersekutu menjadi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan  setelah memenangi majoriti kerusi di beberapa negeri sungguhpun ideologi  politik mereka jauh berbeza. Ini seterusnya mewujudkan sistem dua parti  dalam negara kita.
Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti  Malaysia, sistem dua parti merupakan suatu badan politik alternatif yang  diharapkan rakyat untuk mencapai kestabilan sosial kerana dalam  parti-parti komponen BN dan PR, keahlian mereka terdiri dari kaum  Melayu, Cina, India dan juga kaum-kaum yang lain. Kedua-dua barisan juga  merupakan pergabungan politik yang berbilang bangsa.
Kononnya masalah-masalah agama dan bangsa yang dipolitikkan akan  dapat diselesaikan dan pentadbiran yang baik dapat terus dilakukan.
Akan tetapi, memandangkan keadaan politik yang kelam kabut dalam dua  tahun ini berikutan isu-isu perkauman dan kefanatikan tidak  terhenti-henti dipermainkan oleh ramai pihak, ini adalah di luar  jangkaan penyokong-penyokong sistem dua parti.
Isu-isu perkauman dan agama bukan sahaja tidak berhenti selepas wujudnya sistem dua parti, bahkan semakin berleluasa dan serius.
Ahli-ahli politik yang sanggup menggadaikan kesejahteraan dan  keselamatan rakyat demi kepentingan diri sendiri datangnya dari BN, PR  dan pihak-pihak tertentu. Contohnya Perkasa yang mempergunakan isu  perkauman dan agama untuk menghasut perasaan umat Islam yang majoritinya  Melayu. Bagaimana pula dengan parti DAP?
Lim Guan Eng yang memainkan api selama dua tahun ini merupakan satu contoh klasik.
Bersekutu dengan PAS, meskipun kerajaannya  menyalurkan peruntukan yang lebih kepada kaum Melayu dibanding kepada  masyarakat Cina, Lim Guan Eng masih menghadapi bantahan daripada seorang  pakcik Melayu yang ‘menyentuh’ bahunya dan tindakan menahan keretanya  oleh ahli PAS atas isu agama. Nama Lim Guan  Eng didoakan dalam khutbah Jumaat oleh khatib doa supaya beliau memeluk  Islam, semua ini mencerminkan kepercayaan agama yang fanatik.
Lim Guan Eng sepatutnya melapor kepada polis supaya perkara-perkara  sedemikian tidak berlaku lagi, tetapi beliau tidak berbuat demikian.  Apakah yang sebenarnya tersembunyi?
Segala ini hanya menunggu Lim Guan Eng membuat laporan polis baru  dapat diketahui. Mungkin, bila sampai masa itu keselamatan dan  keharmonian rakyat Pulau Pinang sudah habis tergadai.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER  2010/BIL.4














